Recent Posts

Wednesday, September 3, 2008

KARYA SENI VISUAL



Penghasilan seni visual melibatkan penggunaan:
(i) Media - bahan atau bahantara yang digunakan dalam penghasilan sesuatu karya.
Contohnya catan cat minyak.
(ii)Teknik - kaedah atau cara yang digunakan untuk membentuk dan menghasilkan karya.
Contohnya catan cat minyak menggunakan teknik impasto.
Hasil seni visual pula terbahagi kepada dua bentuk penghasilan karya iaitu hasil karya dua dimensi dan tiga dimensi.Contohnya catan dan arca.

Dalam seni halus, karya seni adalah hasil atau ciptaan seni seperti catan, arca, atau cetakan dan lain-lain yang diolah dan dibentuk sehingga menjadi sesuatu yang indah yang mengandungi lebih pernyataan simbolik daripada fungsi khusus.

Perkataan karya seni atau dalam bahasa Inggerisnya “artwork” telah digunakan secara meluas dalam sejarah seni moden dan pasca moden dan berkembang meliputi karya fotografi, filem, seni persembahan, seni konseptual dan seni video.Apa yang ditanggapi sebagai sebuah karya seni berbeza mengikut budaya dan era sesebuah zaman atau aliran.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails